krulnizamnordin@yahoo.com.my
Visit MyBlogLog and get a signature like this!

Thursday, June 5, 2008

Kisah untuk renungan - Tangan Ibu (tersentuh)

(Kepada sesiapa yang masih ada ibu...)Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar,tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa diwajah ibu...Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya...Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir,tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan...Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yangpernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,lantas menciumnya... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segalaciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.Dan lakukanlah yang terbaik untuknya...

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata "Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..." Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR . Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG . Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN . Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR . Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH . Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA . Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA . Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS . Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH . Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT . Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT . Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya . Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. . Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta . Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia . Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri . Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah . Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar. Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. " Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil.. Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.." Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala- galanya

Pantun Mari Sembahyang Yang Manja

Pantun Mari Sembahyang yang manja ……….
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa bolehHalang!!!

Jadilah Suami Terbaik

MENJADI suami terbaik adalah impian lelaki sejati. Untuk berjaya, lelaki mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia di samping isteri tercinta serta cahaya mata yang comel dan bijak.Begitu juga dengan wanita. Mereka mengimpikan lelaki yang mampu menyayanginya, berkongsi susah senang dan sekali gus membesarkan cahaya mata tanpa sebarang masalah.Bagi membentuk rumah tangga bahagia, bukan satu pihak saja yang harus berkorban. Baik suami mahupun isteri, mereka harus sepakat dalam mengemudi bahtera menuju destinasi yang diimpikan bersama.Panduan berikut barangkali boleh membantu pasangan khususnya si suami untuk mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan.
- Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumah tangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya dia berasa lebih dihargai.
- Suami yang gagal menonjolkan akhlak mulia akan mengurangkan rasa hormat keluarga padanya. Hilangnya contoh yang baik dalam keluarga adalah antara punca anak menjadi liar.- Suami tidak seharusnya terlalu tegas dan kasar pada anak kerana ia mengganggu proses perkembangan serta emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun.- Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta memberi tekanan pada anak dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan lebih dicontohi lagi dihormati.- Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Antara punca kegagalan adalah sikap ragu-ragu.- Suami tidak seharusnya menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri walau untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan itu sebenarnya hanya memperlekehkan isteri.- Suami yang kerap pulang lewat ke rumah akan hanya memberi tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin untuk berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.- Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri serta anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.- Suami yang mengabaikan rumah tangga serta tidak memberi perhatian pada isteri dan anak akan hanya membuatkan mereka rasa tidak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.- Suami yang tidak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf pada isteri boleh membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.- Usah mengkritik isteri keterlaluan sama ada dari segi penampilan, masakan atau apa saja kerana ia akan memadamkan kreativiti serta semangat si isteri. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangatnya.- Usah berbohong pada isteri kerana ia boleh menggugat kepercayaan isteri pada suami apabila ia terbongkar. Bersemuka dengan isteri lebih menyerlahkan kejujuran.- Isteri tidak gembira jika suami terlalu kedekut atau berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan.- Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulang tahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian.- Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan.- Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri atau keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata mereka sedalam-dalamnya.- Suami tidak harus bermata keranjang kerana sikap itu menunjukkan perangai yang tidak matang di samping melukakan hati isteri.- Suami yang cemburu buta pula adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun biarlah berpada-pada kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.- Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan memberi nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran.- Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.- Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. - Usah biarkan urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak pada isteri saja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka, suami perlu bersama untuk memberi perhatian sewajarnya.- Suami tidak harus memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara. Ia ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri.-- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Manusia Yang Mendapat Doa Para Malaikat

Manusia Yg mendapat Doa Para Malaikat Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat: 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN
BERSUCI.Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37) 2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad , Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272) 5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782) 6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah
ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Bagaimana Cara Menggunakan Komputer Di Rumah Secara Optimum Serta Memperolehi Pendapatan Sampingan.

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

Anda boleh memanfaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.

Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.

Komputer anda mungkin akan menjadi "lombong emas" kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah.

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.

Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

1. DESKTOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)
Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan "bagaimana untuk melakukan sesuatu", jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)
Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau seasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH
Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN "BAGAIMANA UNTUK"
Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya.

Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk.Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

ikhlas;

krulnizamnordin
admin