krulnizamnordin@yahoo.com.my
Visit MyBlogLog and get a signature like this!

Sunday, May 25, 2008

Talqin Diri Kamu Semasa Hidup Sebelum Kamu Ditalkinkan

Sebelum orang baca untuk kita baik kita baca dulu tuk diri kita…..(bacaperlahan dan penuh khusyuk,apa yang dapat kamu rasa?)
Maksud(dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasameremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yangmudah setelahmambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baikyg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,InsyaAllah..
WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yangberkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yangmenjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yangkecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besarpengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dansebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawasekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat AllahTaala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kitasekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu adabawabersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk kenegeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembahdengansebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad ituPesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepadakamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita danrisau serta jan ganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir ituhamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabilamerekamenyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermatdan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang danberhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solahlima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan darimasa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaanyang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alamBarzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semulauntuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dandikira segalaamalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, adasyurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akanadanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semulaorang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamudisisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.Tuhan juayang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan AllahTaala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihankepadakamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahanTuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu sertamenerimasegala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidakdisiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamualalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas,Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt,"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalamkerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yangingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingatidengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A,Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satuayat..."

No comments:

Bagaimana Cara Menggunakan Komputer Di Rumah Secara Optimum Serta Memperolehi Pendapatan Sampingan.

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

Anda boleh memanfaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.

Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.

Komputer anda mungkin akan menjadi "lombong emas" kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah.

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.

Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

1. DESKTOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)
Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan "bagaimana untuk melakukan sesuatu", jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)
Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau seasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH
Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN "BAGAIMANA UNTUK"
Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya.

Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk.Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

ikhlas;

krulnizamnordin
admin