krulnizamnordin@yahoo.com.my
Visit MyBlogLog and get a signature like this!

Thursday, June 5, 2008

Jadilah Suami Terbaik

MENJADI suami terbaik adalah impian lelaki sejati. Untuk berjaya, lelaki mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia di samping isteri tercinta serta cahaya mata yang comel dan bijak.Begitu juga dengan wanita. Mereka mengimpikan lelaki yang mampu menyayanginya, berkongsi susah senang dan sekali gus membesarkan cahaya mata tanpa sebarang masalah.Bagi membentuk rumah tangga bahagia, bukan satu pihak saja yang harus berkorban. Baik suami mahupun isteri, mereka harus sepakat dalam mengemudi bahtera menuju destinasi yang diimpikan bersama.Panduan berikut barangkali boleh membantu pasangan khususnya si suami untuk mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan.
- Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumah tangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya dia berasa lebih dihargai.
- Suami yang gagal menonjolkan akhlak mulia akan mengurangkan rasa hormat keluarga padanya. Hilangnya contoh yang baik dalam keluarga adalah antara punca anak menjadi liar.- Suami tidak seharusnya terlalu tegas dan kasar pada anak kerana ia mengganggu proses perkembangan serta emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun.- Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta memberi tekanan pada anak dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan lebih dicontohi lagi dihormati.- Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Antara punca kegagalan adalah sikap ragu-ragu.- Suami tidak seharusnya menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri walau untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan itu sebenarnya hanya memperlekehkan isteri.- Suami yang kerap pulang lewat ke rumah akan hanya memberi tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin untuk berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.- Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri serta anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.- Suami yang mengabaikan rumah tangga serta tidak memberi perhatian pada isteri dan anak akan hanya membuatkan mereka rasa tidak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.- Suami yang tidak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf pada isteri boleh membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.- Usah mengkritik isteri keterlaluan sama ada dari segi penampilan, masakan atau apa saja kerana ia akan memadamkan kreativiti serta semangat si isteri. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangatnya.- Usah berbohong pada isteri kerana ia boleh menggugat kepercayaan isteri pada suami apabila ia terbongkar. Bersemuka dengan isteri lebih menyerlahkan kejujuran.- Isteri tidak gembira jika suami terlalu kedekut atau berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan.- Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulang tahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian.- Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan.- Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri atau keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata mereka sedalam-dalamnya.- Suami tidak harus bermata keranjang kerana sikap itu menunjukkan perangai yang tidak matang di samping melukakan hati isteri.- Suami yang cemburu buta pula adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun biarlah berpada-pada kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.- Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan memberi nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran.- Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.- Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. - Usah biarkan urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak pada isteri saja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka, suami perlu bersama untuk memberi perhatian sewajarnya.- Suami tidak harus memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara. Ia ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri.-- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Bagaimana Cara Menggunakan Komputer Di Rumah Secara Optimum Serta Memperolehi Pendapatan Sampingan.

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

Anda boleh memanfaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.

Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.

Komputer anda mungkin akan menjadi "lombong emas" kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah.

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.

Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

1. DESKTOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)
Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan "bagaimana untuk melakukan sesuatu", jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)
Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau seasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH
Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN "BAGAIMANA UNTUK"
Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya.

Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk.Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

ikhlas;

krulnizamnordin
admin