krulnizamnordin@yahoo.com.my
Visit MyBlogLog and get a signature like this!

Friday, November 14, 2008

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun dia teragak agak memberikan alasan untuk membela diri "

No comments:

Bagaimana Cara Menggunakan Komputer Di Rumah Secara Optimum Serta Memperolehi Pendapatan Sampingan.

Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

Anda boleh memanfaatkan komputer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.

Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.

Komputer anda mungkin akan menjadi "lombong emas" kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.

Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah.

Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.

Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

1. DESKTOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)
Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan "bagaimana untuk melakukan sesuatu", jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.

Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.

2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)
Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau seasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.

Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.

Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.

Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH
Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN "BAGAIMANA UNTUK"
Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya.

Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk.Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.

Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

ikhlas;

krulnizamnordin
admin